Teknik penghasilan embrio secara in vivo - satu kaedah bioteknologi pembiakan terkini dalam lembu

Category: Bil. 28

Habsah Bidin

Ringkasan
Bioteknologi pembiakan mempunyai potensi untuk menyumbang ke arah meningkatkan program pembiakbakaan haiwan di Malaysia. MOET merupakan satu kaedah dalam ART yang telah dilaksanakan untuk pengeluaran embrio in vivo secara besar-besaran. Satu langkah paling penting dalam MOET adalah superovulasi atau pengovulan berganda yang menggunakan hormon gonadotropin yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti embrio in vivo yang boleh diperoleh. Walau bagaimanapun, respons kepada aruhan superovulasi pada lembu tidak dapat dijangkakan. Dalam kajian ini, 56% lembu penderma Charoke menunjukkan respons terhadap FSH berbanding dengan 40% dalam kumpulan yang diaruh dengan eCG. Secara puratanya, tiga embrio yang boleh pindah (transferable) telah diperoleh bagi setiap induk penderma dengan menggunakan hormon FSH
dan eCG. Kesimpulannya, kedua-dua hormon gonadotropin sama ada FSH dan eCG boleh digunakan bagi superovulasi lembu Charoke dalam persekitaran tempatan.

Teks penuh (299KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.