Corak pertumbuhan kambing Katjang-Boer

Category: Bil. 28

Mohamad Hifzan Rosali, Mohd Hafiz Abd. Wahab, Izuan Bahtiar Ab. Jalal, Nurulhuda Md. Ozman dan Nor Amna A’liah Mohammad Nor

Ringkasan
Objektif kajian ini adalah untuk menentukan model regresi bukan linear terbaik bagi menerangkan corak pertumbuhan kambing jantan Katjang- Boer iaitu baka kambing sintetik baharu yang dibangunkan oleh MARDI. Anggaran berat matang (A), kadar kematangan (k) dan pemalar (B) merupakan parameter keluk pertumbuhan yang diterbitkan daripada tiga model regresi tidak linear iaitu Brody, von Bertalanffy dan Gompertz. Data berat badan bulanan dikumpulkan daripada 66 ekor kambing Katjang-Boer jantan sejak lahir hingga berumur 48 bulan dan dianalisis dengan menggunakan model regresi tidak linear di atas. Pekali penentuan (R2) digunakan untuk menentukan model bukan linear terbaik untuk menganggarkan parameter keluk pertumbuhan. Model Von Bertalanffy merupakan model terbaik dalam menggambarkan corak pertumbuhan
kambing Katjang-Boer jantan seperti yang ditunjukkan oleh R2 tertinggi (0.951) diikuti oleh Gompertz (0.948) dan Brody (0.887). Korelasi antara parameter A dan k didapati negatif antara –0.87 hingga –0.69, menunjukkan bahawa ternakan dengan kadar kematangan yang lebih rendah cenderung lebih berat apabila mencapai usia matang. Penggunaan model tidak linear sangat berguna dalam meringkaskan perkaitan berat-umur yang biasanya memakan masa yang lama. Kajian mengenai corak pertumbuhan adalah penting untuk menentukan berat dan usia optimum untuk penggantian induk dan penyembelihan bagi tujuan penghasilan daging.

Teks penuh (136KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.