Prestasi pertumbuhan lembu Jersey-Friesian dari lahir sehingga berumur 12 bulan

Category: Bil. 28

Izuan Bahtiar Ab Jalal, Saadiah Jamli, Mohamad Hifzan Rosali, Mohd Hafiz Abd Wahab, Siti Junaidah Md Sairi, Nik Mohammad
Salmi Adli Mohd Sainain, Muhammad Mohsin Ruslan dan Nor Umirah Abd Rani

Ringkasan
Daya maju sesebuah ladang ternakan tenusu bukan sahaja bergantung kepada keupayaan untuk mengeluarkan susu yang tinggi dan berkualiti, malah turut melibatkan penghasilan induk-induk baharu daripada program pembiakan yang terancang dan berstruktur. Penilaian prestasi pertumbuhan yang konsisten dapat membantu dalam daya maju sesebuah ladang. Berat badan, purata kenaikan berat harian (ADG) dan ukuran badan diambil sebagai parameter penting dalam menilai prestasi pertumbuhan anak. Purata berat lahir bagi anak jantan ialah 28.17 kg manakala bagi anak betina ialah 23.76 kg. Kenaikan berat badan anak jantan menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik daripada sapih sehingga umur 12 bulan dengan berat badan mencecah 258.67 kg bagi jantan dan 216.21 kg bagi betina. ADG untuk anak Jersey-Friesian sehingga umur 12 bulan adalah pada kadar 650 – 750 g. Ukuran badan dilaksanakan pada lima bahagian tubuh badan ternakan iaitu tinggi bahu, tinggi pinggul, panjang badan, panjang keseluruhan dan ukur lilit dada. Tinggi bahu bagi anak betina Jersey-Friesian adalah lebih tinggi daripada anak jantan dari lahir sehingga umur mencapai enam bulan iaitu mencecah 97.42 cm bagi betina dan 95.63 cm bagi jantan. Walau bagaimanapun, selepas sembilan bulan, anak jantan mula menunjukkan pertumbuhan lebih tinggi yang mana tinggi bahu pada 12 bulan adalah 120.8 cm berbanding dengan 116.01 cm pada lembu betina. Anak betina mempunyai pinggul yang lebih tinggi iaitu 114.56 cm manakala anak jantan pula mencapai 112.75 cm pada umur sembilan bulan. Panjang badan anak betina lembu Jersey-Friesian adalah lebih tinggi berbanding dengan anak jantan secara keseluruhannya sehingga umur 12 bulan iaitu mencapai 128.43 cm. Selepas umur 12 bulan, anak jantan memberikan ukur lilit badan yang lebih tinggi iaitu mencecah 153.75 cm. Kajian ke atas pertumbuhan anak lembu Jersey-Friesian merupakan langkah pertama ke arah penilaian prestasi pertumbuhan keseluruhan baka Jersey-Friesian bawah persekitaran tempatan.

Teks penuh (283KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.