Kesan pemakanan terhadap prestasi pertumbuhan dan ciri karkas lembu KK Elit dalam sistem intensif

Category: Bil. 28

Marini Ahmad Marzuki, Mohd Rosly Shaari, Predith Michael, Mohd Hafiz Abdul Wahab, Izuan Bahtiar Ab Jalal, Nik Siti Mariani
W. Hamat, Dzulfazly Aminudin, Nor Idayusni Yunus, Nurul Fazliana Abdul Ghani dan Darus A. Rahim

Ringkasan
Kajian pemakanan terhadap lembu jantan KK Elit telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian makanan dengan rumusan khas yang mengandungi tenaga metabolisme (metabolisable energy) (ME) pada tiga aras berbeza terhadap kadar pertumbuhan lembu pada umur dua tahun. Hasil kajian menunjukkan kenaikan berat badan yang ketara hanya dapat dilihat pada lembu dalam kumpulan 3 yang diberi makanan yang dirumus dengan pertambahan ME sebanyak 10% berbanding dengan kumpulan 1 (kawalan). Prestasi lembu dalam kumpulan 3 yang diberi rumusan khas semasa peringkat pertumbuhan ini menunjukkan kenaikan berat badan yang tinggi iaitu 0.62 kg/hari, meningkat sebanyak 29.2% berbanding dengan kawalan. Pertambahan tenaga dalam rumusan makanan bagi kumpulan ini dapat memastikan jumlah bahan kering dalam bentuk nutrisi karbohidrat, protein, mineral dan vitamin adalah seimbang serta mencukupi bagi peringkat pertumbuhan ternakan. Pada akhir kajian pemakanan, analisis karkas telah dijalankan untuk melihat kesan pemakanan dan kualiti daging berbanding dengan lembu yang dipelihara dalam sistem ekstensif. Hasil kajian menunjukkan peratus pemotongan karkas bagi lembu dalam sistem intensif adalah lebih tinggi berbanding dengan karkas lembu dalam sistem ekstensif. Peratus pemotongan yang tinggi mungkin dipengaruhi oleh proses penghadaman dan kadar penukaran makanan kepada daging yang lebih cekap.

Teks penuh (224KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.