Kajian pemakanan lembu Kedah Kelantan (KK) Elit mengikut peringkat pengeluaran

Category: Bil. 28

Marini Ahmad Marzuki, Mohd Rosly Shaari, Predith Michael, Mohd Hafiz Abd Wahab, Muhammad Faisal Abu Bakar, Nor Idayusni Yunus dan Nurul Fazliana Abdul Ghani

Ringkasan
Teknologi yang dijana adalah formulasi untuk rumusan makanan lembu pedaging Kedah Kelantan Elit yang dapat membekalkan keperluan nutrien yang mencukupi terutamanya tenaga dan protein mengikut peringkat produksi/fisiologi ternakan. Sebanyak empat formulasi rumusan makanan dihasilkan iaitu formulasi peringkat prapembiakan/penggemukan (flushing), pembiakan, laktasi dan pertumbuhan. Formulasi yang dibangunkan ini mampu mencapai tahap potensi baka lembu KK Elit serta dapat mengurangkan kos pemakanan di peringkat ladang apabila prestasi yang ditunjukkan oleh ternakan dalam kumpulan rawatan (penambahan tenaga sebanyak 10% atau 20%) berbanding dengan kawalan adalah baik. Dengan memadankan keperluan nutrien mengikut peringkat produksi ternakan maka secara tidak langsung kos makanan akan dapat dikurangkan dan seterusnya dapat mengurangkan kos pengeluaran. Pengurangan kos pengeluaran untuk setiap ekor ternakan dapat dilihat dari segi kenaikan berat badan harian berbanding dengan setiap ringgit (RM) kos. Kenaikan berat badan harian (ADG) peringkat prapembiakan atau flushing ialah 0.964 kg/ hari (meningkat 22.6%), pada peringkat pembiakan kadar kebuntingan ialah 88.7% (meningkat 32.9%), pada peringkat kebuntingan pula kadar kelahiran ialah 83.3% (meningkat 24.9%), pada peringkat laktasi berat cerai susu ialah 105.6 kg (meningkat 12.9%) dan pada peringkat tumbesaran ADG ialah 0.620 kg/hari (meningkat 29.2%).

Teks penuh (229KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.