Analisis komposisi nutrien daging arnab dan potensinya sebagai sumber daging alternatif
Category: Bil. 28
Mohd Azri Azman dan Salma Mohamad Yusop
Ringkasan
Peningkatan pemahaman masyarakat terhadap hubung kait antara nutrisi dan kesihatan telah meningkatkan lagi kesedaran pengguna dalam memilih makanan yang lebih sihat. Daging arnab adalah pilihan daging yang terbaik kerana ciri-cirinya yang rendah lemak, tinggi protein dan asid linolenik dan juga rendah kolesterol. Artikel ini akan menerangkan lagi dengan lebih lanjut mengenai nutrisi dan kualiti dietetik daging arnab serta gambaran keseluruhan mengenai penyelidikan yang telah dilakukan untuk meningkatkan nilai berfungsi daging arnab.
Download Joomla Free Templates for your success.