Pemilihan anak Ayam Saga berumur sehari yang berkualiti di pusat penetasan
Category: Bil. 28
Nooraisyah Saharani dan Nik Muhammad Faris Nik Ruslan
Ringkasan
Anak ayam umur sehari yang sihat dan berkualiti merupakan titik tolak kepada sesebuah penternakan dan pembiakbakaan yang berjaya. Pemilihan secara kualitatif melibatkan pemerhatian mata kasar dan sentuhan. Pemerhatian mata kasar melibatkan pemeriksaan keadaan fizikal seperti bulu, susuk tubuh, pusat yang bersih dan tingkah laku anak ayam manakala sentuhan melibatkan pemeriksaan seperti rabaan pada abdomen anak ayam dan ujian kelincahan 3 saat. Kriteria kuantitatif tambahan yang boleh diukur adalah berat anak ayam tersebut dan digunakan dalam menentukan gred anak ayam.
Download Joomla Free Templates for your success.