Kepentingan pemakanan dan nutrisi bagi mencapai potensi genetik kambing kacukan Katjang-Boer

Category: Bil. 28

Predith Michael, Mohamad Hifzan Rosali dan Izuan Bahtiar Ab Jalal

Ringkasan
Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh industri pengeluaran kambing pedaging adalah pemilihan baka yang bersesuaian dengan persekitaran tempatan. Dalam RMK-11 baka baharu kambing Katjang-Boer yang lebih beradaptasi kepada persekitaran dan makanan tempatan telah dibangunkan. Bagi memenuhi keperluan nutrisi untuk setiap peringkat produksi dan pertumbuhan baka kambing ini, empat formulasi makanan telah dihasilkan. Formulasi makanan permulaan krib didapati mampu meningkatkan pertumbuhan anak kambing prasapih. Kenaikan berat badan yang optimum pada peringkat prasapih, turut mempengaruhi kadar pertumbuhan pada peringkat selepas sapih. Pemberian formulasi makanan penggemuk kepada ibu menyusu juga membantu untuk meningkatkan berat sapih melalui pengeluaran susu yang mencukupi. Melalui pemberian makanan terumus ini, kambing Katjang-Boer mampu mencapai berat 32.9 kg (jantan) dan 30.1 kg (betina) pada umur purata 361 hari. Formulasi dirumuskan dengan mengunakan bahan mentah tempatan sebanyak 22.3 – 78.18%. Melalui penggunaan bahan mentah tempatan serta kenaikan berat badan yang tinggi, kos pemakanan mampu dikurangkan sebanyak 8 – 34%. Secara keseluruhannya, formulasi makanan yang dibangunkan bukan sahaja mengurangkan kos pemakanan malah membolehkan pemilihan dan peningkatan kualiti serta potensi genetik baka Katjang Boer dibuat melalui program pembiakbakaan yang dijalankan.

Teks penuh (201KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.