Potensi lembu Wagyu kacukan bagi pengeluaran daging berkualiti tinggi di Malaysia

Category: Bil. 28

Mohd Rosly Shaari, Mohd Azlan Pauzi dan Dzulfazly Aminudin

Ringkasan
Pengeluaran daging dalam negara masih pada tahap yang rendah dengan kadar sara diri dianggarkan hanya 22% pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, permintaan daging sentiasa meningkat dari pasaran tempatan dan industri pemprosesan daging. Di samping itu juga, terdapat permintaan daripada pasaran niche bagi daging berkualiti tinggi seperti daging Wagyu. Antara baka Wagyu kacukan yang terkenal ialah Wagyu × Black Angus yang popular diternak di Australia, Amerika Syarikat dan Kanada. Penilaian berkaitan potensi penternakan lembu Wagyu kacukan di Malaysia telah dijalankan oleh MARDI dengan kolaborasi bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Beberapa siri kajian telah dijalankan untuk menilai prestasi pertumbuhan dan adaptasi baka tersebut terhadap persekitaran dan makanan tempatan bagi penghasilan daging yang berkualiti tinggi. Hasil dapatan kajian menunjukkan lembu Wagyu kacukan sesuai diternak dalam cuaca tropika dan menunjukkan prestasi yang lebih baik di dalam rumah tertutup tanpa memberi kesan kepada fisiologi lembu tersebut. Dari segi pemakanan pula, dapatan kajian menunjukkan lembu Wagyu kacukan boleh diternak di Malaysia dengan pemberian makanan berasaskan bahan makanan tempatan. Walau bagaimanapun, kualiti daging dan marbling yang dihasilkan adalah pada skala yang rendah.

Teks penuh (204KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.