Penentuan tenaga metabolisme sebenar (TME) bahan makanan ayam menggunakan kaedah suapan paksa

Category: Bil. 28

Sarah Rasol, Norham Ishak dan Noraini Samat

Ringkasan
Penentuan tenaga metabolisme sebenar (TME) merupakan salah satu kaedah untuk menilai tenaga metabolisme sebenar suatu bahan makanan di dalam ayam dengan menggunakan kaedah suapan paksa (force feeding). Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk memastikan setiap bahan makanan yang diuji mempunyai nilai tenaga yang tepat semasa memformulasi makanan lengkap. Bahan-bahan makanan yang telah diuji menggunakan kaedah ini termasuklah palm kernel expeller cake (PKE), fermented PKE, fermented rice, jagung, dedak padi, mil ikan, sagu dan POME. Kaedah ini melibatkan pemilihan ayam jantan dewasa yang dipuasakan selama 24 jam untuk mengosongkan saluran penghadaman. Sebanyak 30 g sampel bahan makanan yang diuji bersaiz 1 mm dimasukkan ke dalam perut ayam secara suapan paksa dan air minuman secara ad libitum diberikan sepanjang eksperimen dijalankan. Dalam masa yang sama sekumpulan ayam yang lain sebagai kawalan turut dipuasakan untuk menentukan tenaga endogeneous. Analisis bioasai TME ditentukan dengan mengukur nilai tenaga kasar sampel makanan ayam dan tinja dengan menggunakan alat Bom Kalorimeter. Hasil kajian mendapati nilai TME bahan-bahan makanan ayam mempunyai perbezaan yang signifikan berbanding dengan nilai ME yang sedia ada yang mana nilai TME untuk jagung, dedak padi, mil ikan, sagu dan PKC masing-masing ialah 15.57 MJ/kg, 15.02 MJ/kg, 8.93 MJ/ kg, 7.63 MJ/kg dan 5.80 MJ/kg. Penentuan nilai TME di dalam makanan ayam penting bagi memastikan kandungan ME yang tepat dapat disediakan dalam memformulasikan makanan ayam bagi mendapatkan tenaga yang cukup dan seimbang untuk tumbesaran ayam selain dapat mengurangkan kos makanan ayam.

Teks penuh (147KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.