Penilaian kualiti nutrien tiga variasi sorgum hibrid dengan jarak tanaman yang berbeza

Category: Bil. 28

Thayalini Kathiraser, Nasyah Rita Azira Mohd Abdul Nasir, Muhammad Najib Othman Ghani, Thiyagu Devarajan dan Mohd Rosly Shaari

Ringkasan
Fokus utama industri ternakan ruminan di Malaysia adalah untuk menjamin bekalan makanan mencukupi dalam negara. Namun, kita terpaksa bergantung kepada daging dan susu import disebabkan oleh pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industri ruminan negara termasuk kos makanan ternakan yang tinggi. Adalah amat penting untuk meningkatkan bekalan makanan ternakan ruminan agar industri ini dapat berkembang. Salah satu cara adalah dengan mencari sumber makanan alternatif. Foraj seperti sorgum mampu memenuhi keperluan nutrien ternakan ruminan. Dalam kajian ini, kandungan nutrien untuk tiga variasi foraj sorgum hibrid iaitu Mega Sweet (MS), Brown Midrib (BMR) dan Sugar Graze (SG) yang ditanam di tanah mineral dengan jarak tanaman yang berbeza telah dianalisis. Keputusan yang diperoleh menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam kandungan nutrien antara hibrid MS, BMR dan SG. Kualiti nutrien juga tidak dipengaruhi oleh jarak antara tanaman. Justeru, ketiga-tiga variasi sorgum hibrid yang dikaji berpotensi untuk dijadikan sebagai foraj alternatif bagi menampung keperluan industri ternakan ruminan di Malaysia.

Teks penuh (189KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.