Telur diperkaya xantofil sebagai sumber lutein dan zeaxantin dalam diet harian
Yong Su Ting, Nurulhayati Abu Bakar dan Noraini Samat
Ringkasan
Xantofil (lutein dan zeaxantin) telah menarik minat pelbagai pihak sejak dilaporkan bahawa dengan peningkatan pengambilan nutrien tersebut dapat mencegah penyakit degenerasi makula disebabkan peningkatan usia [agerelated macular degeneration (AMD)], katarak dan penyakit mata lain. Pelbagai kajian juga dilaporkan tentang hubung kait xantofil dengan penurunan aterosklerosis, penyakit kardiovaskular, strok, beberapa jenis kanser dan kemerosotan kognitif. Beri goji (Lycium barbarum dan L. chinense) telah dilaporkan mengandungi zeaxantin yang sangat tinggi. Beri goji yang dibeli dari beberapa lokasi di Selangor, Malaysia didapati mengandungi lutein dan zeaxantin, masing-masing antara 13 – 82 ?g/100 g dan 578 – 2,307 ?g/100 g. Bagi jagung bijirin pula, kandungan lutein dan zeaxantin, masing-masing didapati antara 138 – 680 ?g/100 g dan 228 – 472 ?g/100 g. Telur xantofil mengandungi sekurang-kurangnya tiga kali ganda lebih xantofil daripada telur di pasaran dengan nilai 27,000 ?g/100 g. Telur ini juga mengandungi lebih banyak lutein daripada zeaxantin dengan 25,000 ?g/100 g dan 2,400 ?g/100 g untuk L dan Z masing-masing. Di samping itu, telur xantofil mempunyai warna kuning telur yang lebih menarik. Kaedah penghasilan telur xantofil ini mudah disesuaikan dengan sistem pengeluaran ayam penelur komersial sedia ada. Telur xantofil merupakan sumber lutein dan zeaxantin yang baik kerana kandungannya yang tinggi, lebih tersedia dan mudah diserap. Telur yang diperkaya dengan xantofil boleh diperkenalkan dalam diet harian bagi meningkatkan pengambilan xantofil.