Kaedah penentuan sifat dielektrik (dielectric properties) bagi beras MARDI 76 (MRQ 76)

Category: Bil. 29

Badaruzzaman Mohamad Noh

Ringkasan
Beras MRQ 76 adalah sejenis varieti beras wangi yang mengandungi bahan berbau wangi iaitu 2-Acetyl-1-pyrroline (2-AP) di mana bahan ini tidak stabil jika terdedah kepada haba. Pengeringan menggunakan kaedah gelombang mikro dan vakum gelombang mikro mempunyai kemampuan untuk membuat proses pengeringan pada suhu yang rendah. Sebelum membuat pengeringan menggunakan pengeringan gelombang mikro, sifat dielektrik beras wangi MRQ 76 perlu ditentukan untuk merekabentuk kaedah pengeringan gelombang mikro secara berkesan. Kaedah penentuan sifat dielektrik menggunakan kaedah open ended probe adalah cepat dan berkesan serta ia adalah kaedah tanpa musnah (non-destructive technique). Penggunaan open ended probe bersama dengan pemegang sampel berjaket (jacketed sample holder) boleh mengukur sifat dielektrik beras MRQ 76 pada julat suhu yang berbeza.

Teks penuh (395KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.