Pemprosesan teh hitam

Category: Bil. 29

Noor Fadzlina Inche Zainal Abidin, Faridah Hussin, Mohd Nazrul Hisham Daud, Tun Norbrillinda Mokhtar, Nur Baizura Sa’adom, Mohd Romainor Manshor dan Nur Intan Farina Sawal

Ringkasan
Di Malaysia, pokok teh ditanam di Tanah Tinggi Cameron, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak dan Johor. Teh komersial yang diusahakan di negara ini berasal daripada spesies Camellia sinesis L., kerana ia sesuai untuk penanaman di kawasan tropika dan subtropika. Terdapat tujuh proses dalam penghasilan teh hitam iaitu menuai, melayur, menggulung/menghancur, penapaian, pengeringan, penyaringan/penggredan dan pembungkusan. Bahagian daun yang sesuai untuk diproses menjadi teh adalah satu pucuk dan dua bahagian daun terdekat. Masa yang sesuai untuk menuai daun teh ialah 30 – 45 hari selepas setiap tempoh penuaian. Proses yang paling penting dan kritikal dalam penghasilan sesuatu teh adalah proses penapaian. Terdapat tiga jenis teh yang dihasilkan berdasarkan proses penapaian yang terjadi; teh hitam (penapaian penuh), teh hijau (tanpa penapaian) dan teh oolong (penapaian separa). Terdapat banyak faedah teh yang telah dilaporkan seperti; sumber antioksidan, membantu menurunkan kolesterol, membantu menurunkan tekanan darah, membantu mengurangi lemak tubuh, membantu mengimbangi gula dalam darah dan bersifat antibakteria, antivirus dan antikanser.

Teks penuh (4.85MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.