Penanaman sorghum foraj di tanah mineral

Category: Bil. 29

Muhammad Najib Othman Ghani, Nurhazwani Mustaffer, Faizah Salvana Abd Rahman, Halimah Hashim, Hanim Ahmad, Thiyagu
Devarajan, Azimah Abd Kadir, Razean Haireen Mohd Razali, Nurul Ain Anuar, Mohd Fazly Mail dan Mohd Syauqi Nazmi

Ringkasan
Sorghum (Sorghum bicolor) merupakan tanaman yang berasal dari Afrika dan tergolong daripada keluarga kumpulan rumput daun tirus, Graminea. Sorghum dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti sorghum bijirin (grain), sorghum biomas (biomass), sorghum manis (sweet) dan sorghum foraj (forage). Sorghum foraj mempunyai kualiti yang sesuai sebagai makanan ternakan seperti kandungan berat kering yang tinggi, protein yang tinggi, lignin yang rendah dan keterhadaman bahan organik yang tinggi. Sorghum foraj dituai sebelum tanaman ini berbunga, sekitar 45 – 50 hari selepas tanam. Memandangkan tanaman sorghum foraj ini adalah masih baharu di Malaysia, kajian awalan yang dijalankan oleh MARDI pada tahun 2020 telah merekodkan data-data awal untuk kaedah penyediaan kawasan tanaman, penanaman, penyelenggaraan tanaman dan penuaian sorghum foraj yang ditanam di tanah mineral. Dengan kaedah-kaedah yang disenaraikan ini, hasil kajian menunjukkan pengeluaran tanaman ini secara mekanisasi adalah berdaya maju untuk diusahakan secara komersial.

Teks penuh (1.77MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.