Kalibrasi nilai SPAD dan kandungan pigmen fotosintesis daun jagung bijian varieti P4546 pada peringkat vegetatif dan reproduktif melalui analisis korelasi dan regrasi

Category: Bil. 29

Muhammad Najib Othman Ghani, Halimah Hashim, Nurhazwani Mustaffer, Faizah Salvana Abd Rahman dan Mashitah Jusoh

Ringkasan
Jagung bijian merupakan tanaman industri yang berpotensi tinggi sebagai sumber makanan poltri di Malaysia. Tumbesaran jagung bijian sangat bergantung kepada status nutrien terutamanya nitrogen (N) yang perlu dipantau secara berkala. Pemantauan kehijauan daun pada jagung bijian di ladang kebiasaannya dilakukan menggunakan alat khas iaitu Soil and Plant Analyzer Development (SPAD). Untuk setiap varieti tanaman yang ditanam, parameter SPAD dan kandungan pigmen fotosintesis perlu dikalibrasi terlebih dahulu untuk menentukan keupayaan alat SPAD dalam menganggar kandungan pigmen fotosintesis. Kalibrasi ini perlu dilakukan pada pelbagai peringkat pertumbuhan; vegetatif dan reproduktif memandangkan kandungan pigmen fotosintesis berbeza pada setiap peringkat pertumbuhan. Melalui analisis korelasi dan regrasi antara nilai SPAD dan juga kandungan pigmen fotosintesis yang dianalisis di dalam makmal, hubungan antara dua jenis parameter ini dapat ditentukan. Hubungan ini perlu dinilai kekuatannya berdasarkan correlation coefficient (r) dan determination coefficient (r2). Jika terdapat hubungan yang signifikan (daripada korelasi Pearson) dan juga nilai r2 yang tinggi, alat SPAD tersebut mampu menganggarkan kandungan pigmen fotosintesis dengan ralat yang rendah tanpa perlu melakukan proses pengekstrakan klorofil di makmal yang memerlukan masa yang panjang dan bahan kimia serta alatan yang mahal.

Teks penuh (788KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.