Pemantauan benah perang melalui kaedah perangkap cahaya baharu

Category: Bil. 29

Nuraini Ahmad Ariff Shah, Arina Mohd Noh, Mohd Akmal Mhd Yusoff, Mohd Fitri Masarudin, Mohammad Aufa Mhd Bookeri dan Mohd Zul Fadzli Marzuki

Ringkasan
Sebagai salah satu perosak utama bagi tanaman padi, pemantauan populasi benah perang (BPH) adalah penting bagi mengelakkan kerosakan dan kehilangan hasil padi yang tinggi. Kaedah pemantauan sedia ada secara manual yang diamalkan oleh petani adalah tidak efektif. Teknik konvensional ini memerlukan tenaga kerja yang tinggi di lapangan. Simptom hopperburn masih lagi berlaku di banyak kawasan menunjukkan bahawa kaedah pemantauan sedia ada kurang tepat dan kurang berkesan bagi membantu petani di dalam membuat keputusan menentukan keperluan kawalan yang patut dilakukan. Justeru, satu sistem perangkap cahaya baharu untuk memantau serangga perosak seperti BPH telah dibangunkan. Sistem ini dapat meningkatkan kecekapan pemantauan BPH di kawasan penanaman padi sebanyak 50% serta aktiviti pengawalan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan efektif sekali gus dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh dalam melakukan persampelan.

Teks penuh (2.63MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.