Kesan rawatan pemprosesan berbeza minuman kelapa muda berkarbonat terhadap kualiti mikrobiologi
Raja Arief Deli Raja Nasharuddin, Nur Farah Hani Muhamad, Adawiyah Akbar, Munirah Abdul Zaman dan Norman Isman
Ringkasan
Kajian ini dilaksanakan bagi membuat penilaian mikrobiologi terhadap kesan rawatan pemprosesan berbeza minuman kelapa muda berkarbonat. Berdasarkan hasil analisis mikrobiologi dan mengikut piawaian antarabangsa, didapati minuman kelapa muda berkarbonat yang dihasilkan adalah selamat untuk diminum pada penyimpanan suhu sejuk dingin (2 – 7 °C) sepanjang tempoh penyimpanan empat minggu melalui kaedah pempasteuran dan sepanjang tempoh lapan minggu melalui kaedah penurasan mikro. Kajian ini menekankan kepentingan maklumat kandungan mikrobiologi bagi memastikan keselamatan minuman kelapa muda berkarbonat yang dibangunkan menepati keperluan usahawan tempatan serta bagi tujuan eksport antarabangsa.