Teknologi kejuruteraan genetik untuk meningkatkan kerintangan padi MR 219 terhadap penyakit hawar seludang

Category: Bil. 29

Rogayah Sekeli, Sanimah Simoh, Nazrul Hisham Nazaruddin, Amin Asyraf Tamizi, Nora’ini Abdullah, Zaifulfarizal Zulkifli, Izzati Sofia Mohd Dorani, Siti Norsuha Misman, Mohamad Ariff Asrofp Rahim, Rohaiza Ahmad Redzuan dan Sew Yun Shin

Ringkasan
Penyakit hawar seludang adalah salah satu penyakit utama padi yang disebabkan oleh kulat patogenik tanah yang dikenali sebagai Rhizoctonia solani dan pencarian varieti padi yang rintang telah dijalankan secara meluas dalam program pembiakbakaan konvensional. Sebagai pendekatan alternatif, teknik kejuruteraan genetik telah diaplikasi untuk membangunkan padi transgenik dengan peningkatan daya ketahanan terhadap penyakit ini. Dua gen yang berkaitan dengan patogenesis (PR) telah dipencilkan daripada padi varieti Tetep yang toleran terhadap penyakit ini dan ditransformasikan ke dalam genom padi varieti tempatan, MR 219. Keseluruhan tiga kaset gen telah dibangunkan yang mengandungi gen tunggal Thaumatin-like protein, Chitinase serta kombinasi kedua-dua gen. Transgen dibangunkan dalam orientasi sense dan setiap gen dikawal oleh promoter Cauliflower Mosaic Virus (CaMV) 35S untuk pengekspresan yang konstitutif. Dalam kajian lapangan tertutup, pokok transgenik MR 219 disaring dengan R. solani dan dinilai dengan menggunakan skor Sistem Penilaian Piawai untuk Padi (SES). Titisan berpotensi kemudian dipilih daripada satu generasi ke satu generasi dan terkini generasi keempat (T4) menunjukkan titisan transgenik yang mengekspres gen Thaumatin-like protein dan kombinasi kedua-dua gen secara konstitutif menunjukkan peningkatan toleran terhadap pathogen ini. Kajian lanjutan di lapangan terkawal perlu dijalankan bagi mengenalpasti potensi sebenar titisan padi transgenik yang terhasil.

Teks penuh (1.61MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.