Kandungan fenolik dan asid askorbik dalam buah- buahan tempatan terpilih

Category: Bil. 29

Syahida Maarof

Ringkasan
Pengambilan buah-buahan segar atau jus buah sering dikaitkan dengan kesan kesihatan yang baik dan keupayaan pencegahan dan pengawalan beberapa jenis penyakit. Kesan baik daripada buah-buahan disumbangkan oleh kandungan sebatian antioksidan yang bertindak menghalang pembentukan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel sekali gus mengelak daripada penyakit degeneratif. Kapasiti antioksidan ini disumbangkan oleh kandungan fenolik dan asid askorbik yang terkandung dalam buah-buahan tersebut. Buah yang mempunyai kandungan fenolik yang tinggi (>100 GAE, mg/100 g berat basah) ialah buah jambu batu, durian belanda dan rambutan Anak Sekolah. Buah jambu batu juga merupakan buah yang mengandungi asid askorbik paling tinggi diikuti oleh betik Sekaki, mangga Chokanan dan mangga merah (>50 mg/100 g berat basah). Setiap buah-buahan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Pengambilan buah-buahan segar sebanyak 4 – 5 hidangan sehari mampu meningkatkan tahap kesihatan kita.

Teks penuh (241KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.