Manipulasi keamatan cahaya relatif (RLI) menggunakan jaring hitam bagi meningkatkan tumbesaran, hasil dan kandungan gingerol rizom halia
Yaseer Suhaimi Mohd
Ringkasan
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale Roscoe merupakan tanaman yang tergolong dalam keluarga Zingiberaceae. Halia merupakan tanaman yang menyukai teduhan bagi tumbesarannya, terutama pada peringkat awal tumbesaran. Teduhan dapat mengurangkan kesan keamatan cahaya relatif (RLI) pada tanaman halia. Walau bagaimanapun, kesan teduhan yang berlebihan akan merencatkan tumbesaran dan hasil rizom halia. Penggunaan jaring hitam pada peratusan teduhan tertentu dapat memanipulasikan keamatan cahaya relatif (RLI) yang didedahkan pada tanaman halia yang ditanam menggunakan sistem fertigasi dan kaedah konvensional. Penggunaan jaring hitam 50% memberikan tumbesaran, hasil rizom yang tinggi dan menghasilkan sebatian fitokimia 6-gingerol yang tinggi di dalam rizom halia. Justeru, petani, pengusaha atau usahawan tani disyorkan menggunakan jaring hitam 50% bagi penghasilan hasil rizom yang tinggi dan mendapatkan sebatian fitokimia 6-gingerol yang tinggi di dalam rizom halia.