Kesan kekerapan pengairan dan jumlah larutan nutrien terhadap tumbesaran dan hasil rizom di bawah sistem kultur tanpa tanah

Category: Bil. 29

Yaseer Suhaimi Mohd

Ringkasan
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale Roscoe merupakan tanaman yang tergolong dalam keluarga Zingiberaceae. Penanaman halia menggunakan sistem kultur tanpa tanah atau fertigasi semakin mendapat permintaan yang tinggi kalangan usahawan tani. Pertumbuhan tanaman halia terbukti optimum dengan kelembapan dan ketersediaan air yang berterusan ke zon akar tanaman. Pemahaman tentang kekerapan pengairan dan jumlah larutan nutrien harian dapat meningkatkan tumbesaran tanaman serta menghasilkan hasil rizom halia yang optimum secara konsisten. Gabungan enam kali sehari kekerapan pengairan dan 1,200 mL larutan nutrien adalah parameter terbaik untuk menanam halia menggunakan sistem kultur tanpa tanah bagi prestasi tumbesaran dan hasil rizom yang optimum. Kajian ini menunjukkan bahawa kekerapan pengairan dan jumlah larutan nutrien yang konsisten dalam setiap pengairan mampu memberikan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan tanaman halia.

Teks penuh (370KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.