Kanji keladi: Bahan yang berpotensi dalam pembangunan filem boleh dimakan

Category: Bil. 29

Noor Zainah Adzaly, Mohd Norfaizal Ghazalli, Nor Azmah Umar, Khairol Nadia Abdul Halim dan Adawiyah Akbar

Ringkasan
Kanji keladi merupakan antara bahan mentah yang berpotensi untuk penghasilan filem boleh dimakan kerana mempunyai kandungan amilosa yang tinggi (>30%). Filem boleh dimakan dibangunkan daripada dua spesies keladi yang berbeza iaitu Mawar (Colocasia esculenta) dan Musang (Xanthosoma violaceum) melalui kaedah tuangan. Dalam kajian ini, sifat-sifat filem boleh dimakan ditentukan. Filem boleh dimakan yang dihasilkan daripada ubi keladi Mawar dan Musang adalah lut sinar. Filem Mawar didapati mempunyai keterlarutan dalam air yang lebih tinggi (28%) dan ketelapan wap air yang lebih rendah (5.10 x 10–14 kgm/m2secPa) berbanding dengan filem Musang yang mempunyai keterlarutan dalam air yang lebih rendah (14%) dan ketelapan wap air yang lebih tinggi (6.96 x 10– 14 kgm/m2secPa) (p ?0.05). Walau bagaimanapun, kedua-dua filem tidak menunjukkan perbezaan yang beerti dari segi sifat-sifat mekanikal seperti (kekuatan tegangan (TS), Young Modulus (YM) dan pemanjangan pada takat putus (%E).

Teks penuh (1.21MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.