Pengkulturan nanas MD2 secara kepadatan tinggi di dalam bioreaktor yang diubah suai

Category: Bil. 29

Zuraida Ab Rahman, Ayu Nazreena Othman, Hartinee Abbas, Nur Najwa Arifah Basiron, Nur Syafiqah Suraya Razali dan Fazilatun Abdul Malek

Ringkasan
Proses menghasilkan anak benih nanas MD2 dengan menggunakan sistem kultur cecair (liquid shake culture) telah berjaya dihasilkan di MARDI. Proses ini dimanipulasikan bagi penghasilan benih nanas yang berlipat kali ganda menggunakan kaedah bioreaktor. Kaedah ini dilakukan dengan menggunakan konsep bioreaktor yang diubah suai menggunakan medium cecair dengan bekalan hormon dan menggabungkan dengan pengudaraan. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penghasilan dan pengeluaran bahan tanaman nanas MD2 melalui kaedah Bioteknologi Organ. Protocorm (PLBs) (protocorm-like bodies) telah digunakan sebagai eksplan pemula dan ia dikultur di dalam bioreaktor yang mengandungi medium MS serta hormon pertumbuhan pada kepekatan yang berbeza. Rawatan pengudaraan juga diberikan pada tempoh masa yang berbeza antara 6 – 24 jam bagi penentuan masa pengudaraan yang paling optimum untuk penghasilan plantlet yang tertinggi. Rawatan menggunakan hormon 5 mg/L BAP + 1 mg/L NAA menunjukkan pengeluaran plantlet yang tertinggi iaitu 512 plantlet. Rawatan ini menunjukkan ketinggian pokok yang rendah iaitu antara 1.5 – 2.5 cm sahaja. Penggunaan BAP pada kadar 1 mg/L BAP memberi hasil bilangan plantlet yang lebih rendah namun ketinggian pokok lebih tinggi iaitu 3 – 7 cm. Masa pengudaraan rawatan 18 jam yang diberikan telah menghasilkan bilangan plantlet yang tertinggi. Penggunaan bioreaktor yang terubah suai ini sangat berpotensi digunakan untuk pengeluaran bahan tanaman nanas secara skala besar.

Teks penuh (1.66MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.