Pembungkusan pintar: Penggunaan pewarna sensitif pH sebagai penunjuk kesegaran makanan berbungkus

Category: Bil. 29

Noor Azizah Ahmad dan Lee Yook Heng

Ringkasan
Penggunaan penunjuk kesegaran dalam pembungkusan makanan merupakan bidang baharu yang dijangka berkembang pesat pada masa akan datang. Teknologi ini dapat meningkatkan keselamatan dan mengawal kualiti makanan berbungkus di seluruh rantaian bekalan makanan. Penunjuk kesegaran dibangunkan berasaskan pewarna sensitif pH menggunakan reagen kimia dan ekstrak semula jadi daripada tumbuhtumbuhan. Kandungan antosianin dalam pewarna semula jadi digunakan sebagai penunjuk pH kerana warnanya berubah dengan ketara pada nilai pH yang berbeza. Kegunaan penunjuk kesegaran dinilai ke atas potongan ayam, ikan, daging, susu, buah jambu, udang dan durian yang telah dibungkus. Metabolit kerosakan yang dikeluarkan mengikut jenis makanan seperti jumlah nitrogen meruap berbes (TVB-N), karbon dioksida, oksigen dan asid organik dikesan melalui perbezaan warna pada penunjuk kesegaran apabila pH berubah. Penggunaan ekstrak campuran daripada sumber semula jadi (kombinasi kubis merah dan bunga telang) sebagai pewarna sensitif pH sangat berpotensi dalam pembangunan penunjuk kesegaran kerana berupaya mengesan metabolit kerosakan untuk pelbagai jenis produk makanan berbungkus.

Teks penuh (186KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.