Penilaian ekonomi tanaman durian dan rockmelon melalui integrasi pemeliharaan kelulut

Category: Bil. 29

Mohd Syauqi Nazmi, Mohd Fahimee Jaapar, Nik Rahimah Nik Omar, Hasnul Hadi Ibrahim dan Che Nurul Akmal Che Mohamad

Ringkasan
Lebah kelulut boleh dikategorikan sebagai spesies lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah biasa. Daripada kajian yang dijalankan di seluruh dunia, para pengkaji telah menemui lebih kurang 150 spesies lebah kelulut. Antara spesies yang utama ialah Trigona scaptotrigona, T. laeviceps, T. thorasica, T. itama dan lain-lain lagi. Kajian dijalankan bagi menilai daya maju ekonomi pengeluaran tanaman durian varieti D24 dan rockmelon dengan bantuan kelulut sebagai agen pendebungaan berbanding tanpa kelulut. Hasil tanaman durian varieti D24 dengan bantuan kelulut sebagai agen pendebungaan didapati telah meningkat sebanyak 10% secara puratanya berbanding dengan tanaman yang sama tanpa bantuan kelulut sebagai agen pendebungaan. Sementara itu, kadar kejayaan pendebungaan tanaman rockmelon menerusi bantuan kelulut ialah 30% lebih baik berbanding dengan pendebungan secara konvensional melalui bantuan manusia. Jumlah jualan durian varieti D24 dengan bantuan kelulut sebagai agen pendebungaan didapati melebihi jualan durian varieti D24 tanpa kelulut per hektar bagi dua musim adalah sebanyak RM11,200. Manakala petani mendapat tambahan pendapatan selain daripada jualan durian D24 melalui jualan madu kelulut sebanyak RM28,000 setahun. Sementara itu, jumlah jualan rockmelon dengan bantuan kelulut sebagai agen pendebungaan didapati melebihi jualan rockmelon tanpa kelulut per hektar bagi tiga pusingan setahun adalah sebanyak RM63,718. Secara keseluruhan, penilaian ekonomi terhadap sistem penanaman dan pengeluaran durian dan rockmelon dengan bantuan kelulut sebagai agen pendebungaan adalah berdaya maju dan memberi impak positif terhadap pengeluaran.

Teks penuh (253KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.