Sistem penyejukan evaporatif dalam pengangkutan sayuran

Category: Bil. 29

Masniza Sairi, Mohd Shukry Hassan Basri, Nur Syafini Ghazali, Joanna Cho Lee Ying, Rahayu Anang, Arina Mohd Noh, Yahya Sahari, Mohd Fazly Mail, Mohd Shahrir Azizan, Sharifah Hafiza Mohd Ramli, Mohd Zaffrie Mat Amin, Azman Hamzah, Azhar Mat Noor, Mohamad Abhar Akmal Hamid, Nur Izzati Muhsin, Mohd Hafiz Mohd Amin Tawakkal, Amir Redzuan Shamsulkamal, Shafie Alwi, Mohd Zaimi Zainol Abidin, Muhammad Aliq Jamaluddin, Mohd Daniel Hazeq Abdul Rashid dan Mohd Azmirredzuan Sani

Ringkasan
Sistem penyejukan yang mampu mengekalkan kualiti produk hortikultur semasa pengangkutan pada kos efektif amat diperlukan oleh industri. Justeru, aplikasi sistem penyejukan evaporatif bagi trak pengangkutan telah dikaji sebagai alternatif kepada trak sejuk dan trak kanvas. Artikel ini membincangkan konsep reka bentuk dan pembangunan sistem, kajian optimasi dan modifikasi sistem, serta kajian kebolehfungsian dan prestasi sistem. Reka bentuk dan pembangunan sistem terdiri daripada penyejuk evaporatif, sistem bekalan kuasa, unit penyimpanan dan sistem pemantauan data masa nyata (melalui sistem IoT). Kajian optimasi dilaksana melalui simulasi computational fluid dynamic (CFD) untuk penentuan konfigurasi inlet dan outlet udara dengan taburan suhu dan aliran udara optimum di dalam unit penyimpanan dan seterusnya diaplikasi dalam modifikasi sistem. Kajian prestasi sistem menilai profil penyejukan unit penyimpanan (suhu dan kelembapan relatif) dan kualiti sayuran berdaun (sifat fizikal dan sifat fiziko-kimia) untuk pasaran segar. Tiga rawatan penyimpanan untuk sayursayuran terpilih telah dikaji iaitu trak dengan sistem penyejuk evaporatif, trak kanvas dan trak sejuk.

Teks penuh(968KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.