Kesan sinaran gamma terhadap pertumbuhan dan hasil aksesi keledek di tanah bris

Category: Bil. 30

Thiyagu Devarajan, Sobri Hussein, Umikalsum Mohamed Bahari

Ringkasan
Lima aksesi ubi keledek ungu K1, K2, K3, K5 dan K6 (kawalan) dengan panjang keratan 30 cm telah didedahkan dengan dos 10, 20 dan 30 Gy, yang berada dalam lingkungan LD50 60 hingga 80 Gy. Bahan keratan yang telah didedahkan ditanam dan keratan tunas generasi ketiga dipilih dan dibiakkan. Sepuluh aksesi mutan dan lima kawalan ditanam pada jarak 0.25 m × 1.2 m setiap tanaman dengan tiga replikasi dalam eksperimen. Data bagi ciri pertumbuhan yang direkodkan adalah panjang jalar utama (cm), panjang daun (cm), lebar daun (cm), luas daun (cm2) dan panjang tangkai daun (cm). Manakala data bagi hasil adalah kandungan bahan kering (%), ubi yang dapat dipasarkan (kg/batas) dan ubi yang tidak dapat dipasarkan (kg/batas). Pemerhatian direkod selama dan selepas tempoh empat bulan penanaman. Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan yang tinggi pada p ?0.01 untuk semua pemboleh ubah kecuali ubi yang dapat dipasarkan dan ubi yang tidak dapat dipasarkan. Keputusan untuk setiap pemboleh ubah yang mempunyai aksesi nilai julat tinggi seperti berikut, panjang jalar utama - K1 (196.1 cm), panjang daun - mutan K6D32 (14.88 cm), lebar daun - K3 (13.9 cm), luas daun - K3 (87.48 cm2), panjang tangkai daun - mutan K6D118 (196.1 cm), kandungan bahan kering - mutan K5D26 (35.66%), ubi yang dapat dipasarkan - mutan K6D113 (8.78 kg/batas) dan ubi yang tidak dapat dipasarkan - K5D29 mutan (1.07 kg/batas). Ciri ubi adalah kriteria utama bagi pemilihan aksesi yang mempunyai hasil tinggi. Walaupun analisis ANOVA tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara aksesi mutan yang dinilai, nilai purata hasil mutan K6D113 yang tinggi boleh digunakan sebagai penanda aras bagi pemilihan dalam kajian pembaikbakaan keledek pada masa akan datang.

Teks penuh (122KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.