Pemuliharaan ex situ herba dan tumbuhan ubatan: Sumber germplasma untuk pembaikbakaan tanaman

Category: Bil. 30

Izlamira Roslan, Khadijah Awang, Mazlina Ramly, Muhammad Shafie Md Sah, Muhammed Nazmi Laham dan Samsiah Jusoh

Ringkasan
Sehingga tahun 2020, terdapat sejumlah 197 spesies yang terdiri daripada 432 aksesi daripada 66 famili herba dan tumbuhan ubatan yang dipulihara secara ex situ di germplasma MARDI Jerangau. Pemuliharaan ex situ bermaksud pemuliharaan komponen kepelbagaian biologi di luar habitat semula jadi mereka. Tujuan utama pemuliharaan ex situ adalah untuk menyokong pemuliharaan dengan memastikan kelangsungan hidup spesies yang terancam, menyediakan bahan tanaman untuk penyelidikan, rujukan dan kegunaan akan datang serta memastikan sumber sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pembaikbakaan tanaman. Kepelbagaian spesies yang paling tinggi adalah bagi famili Zingiberaceae dengan 16 spesies
diikuti oleh Lamiaceae 12 spesies, Fabaceae 11 spesies sementara Rubiaceae dan Rutaceae masing-masing dengan 10 spesies. Beberapa jenis tanaman penting untuk kajian penyelidikan juga telah dikumpul dan dipulihara secara intensif seperti kacip fatimah (71 aksesi), halia bara (41 aksesi), kantan (28 aksesi), limau purut (28 aksesi) dan Kaempferia (15 aksesi). Oleh kerana potensi yang tinggi serta kepentingan spesies herba dan tumbuhan ubatan dalam masyarakat hari ini, usaha bersama dalam kalangan penyelidik perlu digiatkan bagi mengumpul sumber germplasma untuk dipulihara secara  ex situ di bank gen, mengenal pasti spesies terancam serta mempromosikan penggunaan dan pemuliharaan melalui program pendidikan untuk sekolah dan komuniti.

Teks penuh (1.71MB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.