Merungkai genetik dan genomik varieti padi berwarna dengan menggunakan teknologi omik dan pendekatan bioinformatik

Category: Bil. 30

Rabiatul Adawiah Zainal Abidin, Norliza Abu Bakar, Sew Yun Shin, Shahril Ab Razak dan Sanimah Simoh

Ringkasan
Perkembangan teknologi platform omik (seperti genomik, proteomik, metabolomik, transkriptomik dan metabolomik) telah menghasilkan data genetik dan genomik yang membantu saintis untuk merungkai dan memahami mekanisme serta proses biologi yang berlaku dalam pengekspresan ciri-ciri tanaman padi. Pendekatan bioinformatik turut memainkan peranan penting untuk menganalisis dan menguruskan data genetik dan genomik yang dihasilkan melalui platform teknologi omik. Dalam artikel ini, sorotan aplikasi teknologi omik dan pendekatan bioinformatik dihuraikan kerana ia telah digunakan untuk merungkai maklumat genetik dan genomik dalam kalangan varieti padi berwarna MARDI. Sebuah pangkalan data, iaitu MyNutRiceBase (http://www.mynutricebase.org) turut dibangunkan sebagai pangkalan data digital setempat yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada komuniti penyelidikan padi untuk diaplikasikan dalam program pembaikbakaan padi.

Teks penuh (1.06MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.