Pembangunan varieti padi berhasil tinggi untuk kelestarian pengeluaran makanan

Category: Bil. 30

Elixon Sunian, Asfaliza Ramli, Mohd Solihen Jamal, Shamsul Amri Saidon dan Rahiniza Kamaruzaman

Ringkasan
Sebelum tahun 1969, kebanyakan pesawah menanam varieti padi tradisional yang sensitif kepada fotokala, matang lewat dan hanya sesuai untuk ditanam pada musim utama sahaja. Setelah MARDI ditubuhkan, program pembaikbakaan varieti padi baharu dipergiatkan yang memberi tumpuan kepada baik baka varieti tidak sensitif fotokala, sesuai untuk kaedah membanting secara manual dan sesuai untuk penanaman dua musim setahun. Sekitar 1980-an, varieti padi yang matang awal diberi keutamaan yang disesuaikan dengan kaedah sistem benih tabur terus dan mekanisasi. Sekitar tahun 2000 hingga kini, pembangunan kepada varieti moden memberi fokus kepada ciri hasil tinggi dan rintang kepada perosak dan penyakit yang bersesuaian dengan amalan pertanian yang intensif. Sebanyak 50 varieti padi diperkenalkan yang mana 37 varieti padi biasa dan selebihnya adalah varieti padi pulut, padi wangi, padi warna, padi toleran racun herba dan hibrid. Secara amnya, varieti yang diisytiharkan telah mendapat liputan penanaman yang meluas di kawasan jelapang yang telah memberikan impak kepada industri padi negara dari segi peningkatan hasil, perubahan amalan pengurusan tanaman, pengurusan wabak perosak
dan penyakit, pengurusan padi angin dan varieti spesialti untuk pasaran eksport. Namun demikian, industri padi negara juga berhadapan dengan isu dan cabaran berkaitan dengan perubahan iklim, tekanan biotik, terdapat kawasan sawah yang masih kurang produktif dan purata hasil yang semakin mendatar. Pembangunan varieti pada masa hadapan akan menumpukan kepada penjanaan varieti berasaskan kepada permasalahan di kawasan jelapang, varieti yang sesuai untuk kawasan di luar skim pengairan, toleran kepada faktor abiotik dan biotik dan varieti yang bernilai tinggi untuk produk premium.

Teks penuh (2.81MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.