Penilaian prestasi pertumbuhan varieti sorgum di tanah mineral
Nurhazwani Mustaffer, Muhammad Najib Othman Ghani, Halimah Hashim, Faizah Salvana Abd Rahman, Ahmad Arif Luqman Hamid, Mohamad Nasrol Rabidi, Muhammad Firdaus Mohd Zin, Ahmad Firdaus Maznan, Afiqah Azhar dan Nur Alia Maisarah Fadrinuraidin
Ringkasan
Tanaman sorgum [Sorghum bicolour (L.) Moench] merupakan salah satu sumber makanan ternakan yang tergolong dalam keluarga Graminea. Sorgum sesuai ditanam di kawasan tanah yang kering, terutamanya jenis tanah liat yang cetek dan berat. Sorgum juga mempunyai tahap kerintangan terhadap sekitaran kering yang lebih baik berbanding dengan kebanyakan tanaman bijirin lain. Daripada perspektif perladangan, amalan pengeluaran seperti pemilihan varieti, kepadatan penanaman dan pembajaan akan mempengaruhi pertumbuhan reproduktif dan pengeluaran hasil. Pemilihan varieti sorgum yang tepat untuk ditanam di atas tanah mineral dapat membantu memaksimumkan hasil tanaman di ladang.