Penentuan kandungan sebatian antidiabetik charantin daripada bahagian buah induk dan hibrid peria

Category: Bil. 30

Mohd Zulkhairi Azid, Razali Mirad, Nur Syafini Ghazali, Mohd Shukri Mat Ali @ Ibrahim, Aimi Athirah Ahmad, Siti Aisyah Mohd Noor, Nur Daliana Yusof, Rosali Hussin, Mohd Zamri Kamaruddin dan Nur Fatin Mohd Said

Ringkasan
Charantin merupakan campuran dua sebatian kimia yang utama terdapat dalam peria (Momordica charantia). Kajian terdahulu menunjukkan charantin mempunyai sifat hipoglisemik sekali gus berpotensi untuk digunakan sebagai usaha pemulihan oleh pengidap penyakit diabetes. Pengekstrakan kandungan sebatian charantin daripada 17 sampel peria (lapan induk dan sembilan hibrid) telah dijalankan dan kaedah penentuan kandungan charantin telah dibangunkan menggunakan kaedah pemisahan kromatografi (HPLC). Parameter analisis telah ditentusahkan berdasarkan prosedur rujukan sebelum ini dengan sedikit pengubahsuaian. Meskipun kaedah ini telah lama digunakan dalam penentuan kandungan charantin, namun pengubahsuaian yang dijalankan lebih menjimatkan masa, amaun sampel untuk dianalisis yang sedikit sekali gus mengurangkan penyediaan sampel yang banyak. Parameter yang dibangunkan ini diharapkan dapat membantu para penyelidik dalam menentukan sebatian charantin tersebut pada masa akan datang.

Teks penuh (778KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.