Solanum cumingii: Sumber genetik kerabat liar terung untuk pembaikbakaan masa hadapan

Category: Bil. 30

Muhammad Shafie Md Sah, Anuar Rasyidi Mohd Nordin dan Ahmad Syahman Md Dalee

Ringkasan
Perubahan cuaca merupakan satu fenomena global yang tidak dapat dielakkan. Kesannya, produktiviti tanaman merosot dan diancam dengan perosak dan penyakit akibat persekitaran yang berubah. Terung (Solanum melongena) merupakan salah satu sayuran buah yang utama di Malaysia turut terkesan dengan faktor biotik dan abiotik. Kerabat liar tanaman yang tahan lasak dan hidup di kawasan ekstrim merupakan sumber genetik yang boleh digunakan untuk memperkaya takungan gen terung. Di Malaysia, terung hantu (Solanum cumingii) merupakan salah satu kerabat liar terung yang boleh digunakan untuk tujuan ini. Ia hanya boleh ditemui di beberapa lokaliti iaitu di Tg. Dawai Kedah, Tumpat dan Kuala Krai Kelantan, Endau dan Penyabung di Mersing. Ia mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan terung biasa kecuali duri yang padat pada keseluruhan pokok. Sampel bahagian vegetatif dan reproduktif (termasuk bunga dan buah matang) telah dikutip dari semua lokasi untuk dijadikan baucar herbarium manakala benihnya disimpan untuk konservasi.

Teks penuh (1.12MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.