Pembangunan sayur-sayuran berpotensi tinggi di kawasan tanah rendah

Category: Bil. 30

Nor Hazlina Mat Saat, Rozlaily Zainol, Norfadzilah Ahmad Fadzil, Suhana Omar, Mohd Shukri Mat Ali @ Ibrahim, Rahayu Anang, Farah Huda Sjafni Suherman, Nur Adliza Baharom, Nur Syafini Ghazali, Farahzety Abdul Mutalib, Mohd Khairul Anuar Sumadi, Mohamad Shawali Hamid, Mohd Raimi Abd Kuadi, Nor Afzan Ramli, Azhar Mat Noor @ Mad Noor dan Sebrina Shahniza Saiin

Ringkasan
Keperluan bagi menghasilkan varieti baharu sayuran berhasil dan berkualiti tinggi adalah penting bagi memenuhi permintaan pasaran global. Pengeluaran terhadap sayur-sayuran tempatan menunjukkan peningkatan daripada 1.6 juta tan metrik kepada 2.4 juta tan metrik dengan kadar pertumbuhan sebanyak 4.5% setahun. Penggunaan per kapita sayur-sayuran juga meningkat sebanyak 2.6% iaitu daripada 55 kg kepada 70 kg setahun. Pada tahun 2018, Malaysia menghasilkan 997,745 tan metrik sayuran dengan nilai pengeluaran RM2,407,554 berbanding dengan 1.58 juta tan dan 1.91 juta tan metrik pada tahun 2010 dan 2015. Pengeluaran sayuran masih lagi tidak mencukupi dan disumbang oleh permintaan sayuran temperat yang tinggi meliputi kubis bulat dan kubis bunga. Oleh itu, aktiviti penyelidikan dan pembangunan terutamanya cili, tomato, sayuran temperat meliputi kubis bulat dan kubis bunga dilaksanakan secara terancang berdasarkan isu dan cabaran serta senario semasa dalam industri sayur-sayuran negara. Transformasi industri sayur-sayuran ke arah industri yang berdaya saing dan mampan akan ditumpukan kepada peningkatan produktiviti, adaptasi tanaman temperat di tanah rendah, pengurangan masalah perosak, penyakit dan meminimumkan kerosakan lepas tuai serta pengukuhan pemasaran dalam memajukan industri sayur-sayuran bagi pasaran tempatan dan juga global.

Teks penuh (188KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.