Kepelbagaian dan kegunaan spesies pokok buah nadir daripada kebun dan dusun di Kampung Kakeng, Serian, Sarawak

Category: Bil. 30

Adam Harris Gerten Ritay Abdullah, Muhammad Shafie Md. Sah, Mohd. Norfaizal Hj. Ghazalli, Khadijah Awang, Azuan Amron dan
Maya Izar Khaidizar

Ringkasan
Perubahan sosioekonomi yang ketara mempengaruhi kehidupan masyarakat tempatan di Sarawak sejak merdeka dan beberapa kawasan yang dulunya dianggap luar bandar kini menjadi kawasan bandar yang berkembang pesat. Ini menyebabkan perlunya pengenalan tanaman yang lebih ekonomik dan mengakibatkan tanaman tradisional seperti spesies buah nadir telah diabaikan. Ini juga boleh menyebabkan kemerosotan pengetahuan tradisi dalam kalangan masyarakat. Dalam kajian ini, kami 1) mendokumentasikan dan mengenal pasti spesies buah tradisional yang masih ada di Kampung Kakeng, Serian dan 2) mendokumen dan mengenal pasti penggunaan spesies ini. Kami mendapati 28 spesies buah tradisional telah dikenal pasti dan penggunaannya dijelaskan oleh 11 responden yang berpengetahuan. Kami juga mengenal pasti penurunan jumlah pemegang pengetahuan dan amalan penggunaan spesies ini seperti yang dijelaskan oleh responden. Ringkasnya, pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan spesies buah tidak sebanyak herba atau sayur-sayuran. Walau bagaimanapun, mempunyai pengetahuan seperti itu sendiri adalah sangat berharga, apatah lagi dengan jumlah mereka yang mengetahui dan mempraktikkan atau menggunakan pengetahuan itu dilihat semakin berkurangan.

Teks penuh (135KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.