Kesan debunga berbeza terhadap penghasilan buah durian MDUR 88

Category: Bil. 30

Muhammad Afiq Tajol Ariffin, Ullia Ishak, Musanif Ghazali, Norzila Ghazali, Salehudin Md Radzuan, Mohd Ridzuan Mohd Daud, Siti Aishah Harun, Nur Aisyah Anis, Razali Mustaffa, Mohd Shukri Mat Ali @ Ibrahim, Nor Hazlina Mat Saat, dan Johari Sarip

Ringkasan
Sifat keserasian bunga durian dalam menghasilkan buah adalah berbeza untuk klon berbeza. Maklumat keserasian bunga durian MDUR 88 dilaporkan dalam kajian ini. Kajian ini menguji keserasian bunga MDUR 88 dengan debunga daripada pokok yang sama, daripada pokok MDUR 88 berbeza, daripada klon D24 dan D99. Ujian pendebungaan terbuka dan Automatic Autogamy juga dilakukan untuk perbandingan. Dalam pemerhatian pada minggu keempat selepas pendebungaan dengan debunga MDUR 88 daripada pokok sama dan pokok lain, didapati tiada putik buah yang kekal di pokok. Manakala debunga yang didebungakan dengan D24 dan D99 masih mengekalkan putik buah di pokok antara 3.0 – 34.6%. Kajian ini mendapati debunga D24 dan D99 boleh digunakan sebagai sumber debunga untuk menghasilkan buah MDUR 88 apabila putik buah kekal hingga minggu kelapan selepas pendebungaan iaitu 1.5 – 19.1%. 185. Pemerhatian buah MDUR 88 yang dihasilkan mendapati tiada perbezaan ketara untuk ciri buah yang dihasilkan daripada pendebungaan dengan klon durian berbeza yang dikaji. Kesimpulannya, MDUR 88 didapati tidak serasi sendiri (self-incompatible), manakala debunga D24 dan D99 didapati serasi dengan MDUR 88. Secara umumnya, tiada perbezaan untuk ciri buah yang dihasilkan daripada pendebungaan dengan klon D24 dan D99.

Teks penuh (1.32MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.