Kepelbagaian sumber genetik Garcinia dan taburannya di Malaysia

Category: Bil. 30

Azuan Amron, Salma Idris, Rosliza Jajuli dan Mohd Saifuddin Ismail

Ringkasan
Garcinia adalah genus terbesar dalam keluarga Guttiferae yang terdiri daripada 49 spesies. Namun demikian, spesies yang paling banyak ditanam ialah manggis (Garcinia mangostana L.). Di Malaysia, walaupun taburan dan kepelbagaian variasi manggis telah banyak dikaji, namun kajian terhadap kerabat liar spesies ini seolaholah diabaikan. Sehubungan itu, MARDI telah melakukan tinjauan mengenai taburan dan kepelbagaian genetik spesies Garcinia di Malaysia. Selain manggis, terdapat juga spesies lain yang diketahui menghasilkan buahbuahan yang boleh dimakan seperti G. atroviridis (asam gelugur), G. cowa (kandis), G. dulcis (mundu), G. forbesii (aroi-aroi), G. hombroniana (beruas) dan G. prainiana (cerapu). Rantau Malesia merupakan pusat kepelbagaian Garcinia dan berdasarkan tinjauan yang dibuat di Malaysia pula, Sabah merekodkan bilangan pokok Garcinia terbanyak diikuti oleh Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah dan Johor. Negeri-negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mencatatkan bilangan pokok Garcinia yang rendah. Selain itu, Sabah juga mempunyai kepelbagaian spesies Garcinia tertinggi diikuti oleh Pahang dan Perak. Manggis dan asam gelugur adalah dua spesies yang biasa ditanam di kebanyakan negeri. Aroi-aroi pula didapati hanya ditanam di Sabah dan Sarawak. Bagi cerapu, negeri seperti Pahang dan Kelantan mencatat jumlah pokok yang tinggi berbanding dengan Terengganu, Kedah, Perak dan Johor. Walau bagaimanapun, mundu dan beruas mencatatkan jumlah pokok yang sangat rendah di seluruh negara dan merupakan kerabat liar manggis yang perlu dilindungi daripada pupus. Walaupun kesemua spesies ini daripada genus yang sama, akan tetapi ciriciri
morfologi tumbuhan ini menunjukkan perbezaan yang ketara. Maklumat daripada tinjauan yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan untuk aktiviti pembaikbakaan tanaman manggis.

Teks penuh (687KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.