Bintang Mas – klon hibrid belimbing baharu untuk pasaran segar

Category: Bil. 30

Ahmad Hafiz Baharom, Abdul Rahman Milan, Pauziah Muda, Maimun Tahir, Muhammad Afiq Tajol Ariffin, Mohd Ridzuan Daud, Suhana Safari, Zalina Ahmad, Jasni Ishak dan Mohamad Zulkiffely A. Rahman

Ringkasan
Ketika ini hanya terdapat dua klon utama di pasaran Malaysia iaitu B10 untuk pasaran eksport dan B17 untuk pasaran tempatan. Kebergantungan hanya kepada satu klon untuk eksport mengehadkan pengembangan pasaran. MARDI telah membangunkan satu klon hibrid baharu untuk perluasan pasaran eksport. Bintang Mas adalah hibrid belimbing terbaik yang menjanjikan kualiti makan terbaik dari segi kemanisan, kerangupan, berjus, aroma, tahap kekelatan dan warna buah. Hibrid ini telah difailkan untuk NPVP dengan nama MSTAR 1. Secara purata Bintang Mas mempunyai nilai TSS 10.9 yang 16% lebih tinggi daripada klon B10 dan bewarna kuning keemasan. Klon hibrid ini mempunyai ciri buah yang baik untuk tujuan eksport. Bintang Mas mempunyai tempoh kematangan yang lebih pendek daripada klon B17 (12 hari) dan bentuk buah yang berbentuk oblong serta kepak buah yang tebal meminimumkan kecederaan fizikal semasa pembungkusan dan pengendalian. Pengkomersialan Bintang Mas dijangka akan dapat merangsang kembali industri belimbing untuk pasaran tempatan dan eksport. Pengguna juga akan mempunyai pilihan kepada klon alternatif yang lebih baik.

Teks penuh (1.31MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.