Penentuan variasi genetik limau nipis berdasarkan penanda molekul Jujukan Inter Ringkas Berulang (ISSR)

Category: Bil. 30

Maya Izar Khaidizar, Mohd Azwan Jaafar dan Mohd Rafii Yusop

Ringkasan
Citrus aurantiifolia atau limau nipis adalah tumbuhan asli di Semenanjung Malaysia. Pokoknya bersaiz sederhana sekitar 2 – 5 m dan berbuah sepanjang tahun. Limau nipis mula menghasilkan buah selepas 3 – 4 tahun ditanam dan boleh hidup sehingga 15 tahun. Pokok limau nipis mudah ditemui di laman rumah dan ditanam secara besar-besaran untuk memenuhi permintaan pengguna tempatan. Untuk menambah baik spesies ini, program pembaikbakaan perlu dilakukan. Namun, kajian genetik ke atas spesies ini masih belum banyak dijalankan. Kebanyakan kajian terkini tertumpu kepada prospeksi biodiversiti dan pembiakbakaan secara in vitro. Kajian genetik penting untuk program pembaikbakaan dan pemuliharaan tanaman. Dalam kajian awalan, didapati limau nipis tersebar luas di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak 196 sampel limau nipis dari 11 negeri di Semenanjung Malaysia telah dikumpulkan untuk menilai variasi genetiknya menggunakan 10 penanda molekul Jujukan Inter Ringkas Berulang (ISSR). Hasilnya, 187 jalur polimorfik telah ditemui dan ini memberikan nilai 100% untuk corak jalur polimorfik bagi primer yang digunakan. Analisis menggunakan perisian STRUCTURE (program berasaskan model) pula telah membahagikan 196 sampel limau nipis kepada tiga kumpulan genotip. Penentuan perbezaan genotip yang dikenal pasti boleh membantu kejayaan program pembaikbakaan limau nipis pada masa hadapan. Maklumat ini juga bermanfaat untuk program pemuliharaan tanaman di mana bilangan tumbuhan yang dipulihara boleh dikurangkan tanpa mengancam kepelbagaian spesies dan secara tidak langsung menjimatkan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Teks penuh (715KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.