Pencirian dan pengenalpastian klon-klon nangka komersial di Malaysia

Category: Bil. 30

Noor Baiti Abdul Aziz, Maimun Tahir, Nor Hazlina Mat Sa’at dan Mohamad Zaki Razali

Ringkasan
Nangka merupakan salah satu komoditi utama di Malaysia yang menyumbang kepada kadar sara diri (SSR) negara melebihi 100% dengan kadar kebergantungan import (IDR) yang rendah iaitu bawah 1%. Sehingga kini terdapat lebih daripada 10 klon nangka yang didaftarkan di bawah Jabatan Pertanian antaranya Mantin (J32), Tekam Yellow (J33), Hong (J34), CJ6 (J36), Mastura (J37), Subang Lao Zhang (J38), Subang Chap Boy (J39) dan CJ3 (J40). Kebanyakan varieti nangka ini telah diperkenalkan oleh petani sejak beberapa dekad yang lalu berdasarkan pemilihan ke atas ciri-ciri buah yang berkualiti unggul. Pencirian ke atas klon-klon nangka komersial sangat membantu dalam mengenal pasti perbezaan serta keistimewaan setiap satu klon berbanding dengan klon nangka yang lain. Maklumat pengenalpastian nangka ini adalah sebagai panduan kepada petani, pengusaha dan pengguna dalam memilih dan menentukan pelbagai jenis klon menarik yang berbeza. Selain itu, ia juga dapat menjadi sumber rujukan utama untuk program pembaikbakaan nangka pada masa akan datang.

Teks penuh (955KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.