Hibrid baharu nanas berpotensi J53116 (1) – Line 1

Category: Bil. 30

Nurul Shamimi Abdul Ghani, Mohd Saiful Nizam Razali, Mohd Nizam Zubir, Joanna Cho Lee Ying, Nur Sulastri Jaffar, Johari Sarip, Nor Hazlina Mat Sa’at, Rozlaily Zainol dan Noorman Affendi Marzukhi

Ringkasan
Hasil daripada inisiatif program pembaikbakaan nanas dalam membangunkan varieti baharu nanas yang berdaya saing, berhasil dan berkualiti tinggi, MARDI telah berjaya menghasilkan satu hibrid baharu nanas berpotensi iaitu Line 1 atau dikodkan sebagai hibrid J53116 (1). Hibrid ini berasal daripada kacukan induk varieti nanas, Josapine dan nanas tidak berduri dari Australia, 53-116. Hibrid ini berupaya meningkatkan hasil pengeluaran buah melalui tindak balas pembungaan yang tinggi dan kadar sulur tangkai yang tinggi untuk memudahkan pengeluaran sumber bahan tanaman. Hibrid ini mempunyai buah bersaiz medium, tekstur isi dan empulur yang lembut serta kualiti rasa buah yang manis berbanding dengan Josapine dan MD2. Hibrid nanas J53116 (1) – Line 1 mempunyai tahap toleransi yang baik terhadap penyakit reput teras bakteria dan tahap serangan penyakit yang rendah di ladang. Hibrid ini mengeluarkan hasil dalam tempoh matang yang lebih pendek berbanding dengan varieti komersial sedia ada dan berpotensi untuk dikomersialkan sebagai nanas segar dan industri pengetinan. Hibrid J53116 (1) – Line 1 ini merupakan hibrid nanas berpotensi berhasil tinggi, berkualiti dan dijangka dapat mengatasi beberapa isu kemerosotan hasil pengeluaran dan penerimaan pengguna dalam industri nanas Malaysia.

Teks penuh (1.42MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.