Pembangunan hibrid orkid baharu

Category: Bil. 30

Rozlaily Zainol, Farah Zaidat Mohd Nadzri, Wan Rozita Wan Engah, Najah Yahaya, Nor Afzan Ramli dan Firdaus Fahmi Mohammad Sapar

Ringkasan
Orkid merupakan tanaman hortikultur bernilai tinggi yang mempunyai impak signifikan kepada perkembangan industri florikultur Malaysia. Permintaan yang semakin meningkat setiap tahun dari segi kuantiti dan varieti mendorong kepada keperluan untuk pembangunan varieti baharu yang merupakan salah satu kekangan utama dalam industri orkid negara. Pembangunan orkid di MARDI memfokuskan kepada baikbaka hibrid untuk pengeluaran bunga keratan, pokok pasuan dan tanaman hiasan landskap yang mana merupakan satu industri yang semakin popular di negara kita. Ciri-ciri pokok orkid yang tahan cuaca panas, vigoros dan kerap berbunga adalah antara ciri-ciri yang disasarkan di samping ciri utama morfologi bunga seperti warna menarik, bentuk sempurna dan jangka hayat bunga yang panjang. Negara kita yang kaya dengan kepelbagaian spesies orkid liar dalam genera yang luas membuka peluang untuk kejayaan pembangunan orkid melalui proses hibridisasi. Pembangunan orkid melalui kaedah 265 konvensional secara kacukan silang masih lagi relevan walaupun memakan masa yang lama. Lebih daripada 40 hibrid orkid telah dibangunkan yang terdiri daripada orkid jenis Vandaceous, Dendrobium, Cattleya dan kerabat Cattleya untuk pengeluaran bunga keratan dan pokok pasuan. Di samping itu, orkid terrestrial jenis Arundina dan Vanda telah dibaikbaka untuk kegunaan sebagai tanaman hiasan landskap di kawasan terbuka. Usaha membangunkan pelbagai varieti tempatan ini diharapkan dapat mengurangkan masalah kekurangan varieti yang dihadapi dalam pasaran dan diharap dapat membantu mengembalikan Malaysia sebagai salah satu pengeluar utama orkid tropika secara global.

Teks penuh (8.64MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.