Penentuan kandungan kreatin dalam produk pracampuran puding jeli berprotein tinggi sepanjang tempoh penyimpanannya

Category: Bil. 31

Hasnisa Hashim, Khairunizah Hazila Khalid, Nurul Nabilah Mohd Fiteri, Mohammad Shafeq Abu Bakar dan Mohamad Zin Ahmad

Ringkasan
Penentuan kreatin boleh dilaksanakan menggunakan teknik kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC). Kajian ini dijalankan bagi menentukan kandungan kreatin di dalam produk pracampuran puding jeli berprotein tinggi yang dibangunkan bagi mengatasi masalah disfagia (kesukaran untuk menelan) dan sarkopenia (kehilangan jisim otot) dalam kalangan warga tua. Hasil kajian menunjukkan produk pracampuran puding jeli berprotein tinggi mengandungi 25 ?g/g kreatin. Produk ini boleh menyumbang kepada keperluan kreatin kepada warga tua di samping diperoleh daripada sumber makanan lain. Kajian telah membuktikan bahawa senaman adalah gaya hidup yang berkesan dalam mengatasi penuaan jisim otot, kekuatan dan penambahan berat tulang. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan kreatin bersama senaman dan tanpa senaman berkemungkinan boleh mengurangkan masalah sarkopenia dalam kalangan warga tua. Kajian lebih lanjut perlu dilakukan untuk mengkaji kesan pengambilan puding jeli berprotein tinggi ke atas pesakit sarkopenia dalam kalangan warga tua.

Teks penuh (206KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.