Pengeluaran teh di MARDI Cameron Highlands

Category: Bil. 31

Khasifah Muhamad dan Nur Shahirah Jahuri

Ringkasan
Teh yang pertama ditanam di Malaysia adalah di MARDI Cameron Highlands sekitar tahun 1927. Pemprosesan teh melibatkan beberapa langkah yang penting dan berbeza antara negara dan individu pembuat teh. Pemprosesan teh di MARDI Cameron Highlands bermula dengan memetik daun teh muda dari ladang, dibawa ke kilang untuk proses pelayuan selama 18 – 20 jam, penggilingan selama 45 minit, penghancuran kepada bentuk yang lebih halus menggunakan mesin rotorvane selama 5 minit, proses pengayakan, fermentasi selama 2 – 8 jam, pengeringan di dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 90 °C, penggredan menggunakan mesin fibre extractor dan akhir sekali pembungkusan dan penyimpanan. Keseluruhan tempoh masa pengeluaran teh Nutrima MARDI Cameron Highands adalah lebih kurang selama empat hari. Ladang teh MARDI Cameron Highlands seluas 5 ekar diselenggara bagi menjamin kualiti teh di mana kerja-kerja pembajaan, kawalan perosak dan penyakit serta pemangkasan daun dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan sepanjang tahun.

Teks penuh (1.85MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.