Kaedah mudah penentuan jumlah kandungan flavanoid di dalam produk minuman

Category: Bil. 31

Nurul Nabilah Mohd Fiteri, Hasnisa Hashim, Mohamed Nazim Anvarali, Saiful Bahri Saari dan Hadijah Hassan

Ringkasan
Teknik spektrofotometri merupakan satu teknik yang mudah, pantas dan tepat bagi penentuan jumlah kandungan flavonoid dalam matriks makanan/ minuman. Kaedah ini sesuai digunakan bagi tujuan penyaringan penentuan jumlah kandungan flavonoid dalam kuantiti sampel yang banyak. Dalam kajian ini, penentuan flavonoid di dalam puri buah dan juga sampel produk minuman berasaskan buah-buahan dilaksanakan dengan menggunakan UV-Vis Double Beam PC Scanning Spektrophotometer (Model UVD-2950) pada jarak gelombang 367 nm di mana kuersetin sebagai sebatian piawai. Jumlah kandungan flavonoid dikira menggunakan persamaan linear berdasarkan keluk penentukuran sebatian piawai kuersetin dan dinyatakan sebagai mg quercetin equivalent/mL (mg QE/mL) sampel.

Teks penuh (606KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.