Analisis proksimat santan kelapa daripada 27 varieti kelapa

Category: Bil. 31

Sentoor Kumeran Govindasamy, Thiyagu Devarajan, Muhammad Azwan Azmi dan Fazri Abd Rahim

Ringkasan
Kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera dikenali sebagai ‘tree of life’ kerana terdapat seribu satu kegunaannya dalam kehidupan manusia sejagat. Santan merupakan cecair bersifat emulsi berwarna putih keruh yang diperoleh daripada parutan kernel kelapa (isirung putih kelapa) diperah secara manual atau mekanikal. Ia boleh diperah dengan mencampurkan air atau tanpa air. Satu kajian awal mengenai pencirian zat makanan dan tenaga dalam santan mengikut varieti-varieti kelapa telah dilaksanakan sebagai sumber rujukan awal menggunakan kaedah analisis proksimat bagi memperoleh maklumat nutrisi tersebut. Sebanyak 27 varieti kelapa yang terdapat di MARDI Bagan Datuk dan MARDI Jerangau telah digunakan untuk kajian ini. Analisis proksimat santan daripada 27 varieti kelapa yang dilakukan bagi menentukan kandungan lemak, protein, karbohidrat dan tenaga menunjukkan kewujudan perbezaan dalam peratus zat-zat nutrisi tersebut dalam santan dan menyebabkan perbezaan kualiti dalam santan tersebut

Teks penuh (538KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.