Penanaman kesum secara hidroponik

Category: Bil. 31

Yaseer Suhaimi Mohd, Izyani Raship, Mohd Effendi Mohamed Nor, Siti Nurzahidah Zainal Abidin, Zakry Al-Asyraf Abdul Latif dan Muhammad Faidhi Towid

Ringkasan
Penanaman kesum secara hidroponik menggunakan teknik kultur air dalam menjadi satu pilihan alternatif kepada pengusaha tanaman kesum dalam meningkatkan hasil tanaman. Teknik kultur air dalam merupakan satu kaedah di mana larutan baja cecair diberikan terus ke akar pokok tanpa sebarang medium dan aliran air. Tanaman kesum secara hidroponik memberikan purata hasil sebanyak 8 kg bagi kawasan seluas 1 m2. Manakala tempoh matang atau tuaian pertama tanaman kesum secara hidroponik ialah 60 hari dan tuaian boleh dibuat sebulan sekali. Tanaman kesum secara hidroponik memberikan peningkatan hasil tuaian sebanyak dua kali ganda dan mempercepatkan tempoh penuaian berbanding dengan kaedah konvensional tanah. Penanaman kesum secara hidroponik dapat memberikan hasil dan pulangan kepada pengusaha lebih cepat berbanding dengan kaedah konvensional.

Teks penuh (1.90MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.