Kajian ketoksikan pada tikus Sprague-Dawley yang dirawat dengan ekstrak rizom Kaempferia parviflora

Category: Bil. 31

Zuraida Ab Rahman, Ayu Nazreena Othman, Chandradevan Machap, Shazwan Abd Shukor, Nur Syafiqah Suraya Razali dan Fazilatun Abdul Malek

Ringkasan
Kaempferia parviflora (KP) merupakan spesies herba yang digunakan untuk tujuan perubatan dan mempunyai potensi yang tinggi bagi pembangunan pelbagai produk kesihatan. Kajian ketoksikan ekstrak KP ini dijalankan untuk mengetahui dan menguji tahap keselamatan ekstrak KP ke atas organisma hidup seperti tikus Sprague-Dawley yang digunakan dalam kajian. Dua dos ekstrak KP pada dos rendah (950 mg/kg) dan dos tinggi (1,500 mg/kg) berserta dengan satu kawalan (air suling) telah digunakan. Kajian dijalankan bagi tempoh 28 hari bagi mengesan jika terdapat tanda ketoksikan yang disebabkan oleh ekstrak KP ke atas tikus. Kajian ketoksikan juga melibatkan analisis parameter hematologi iaitu kiraan jumlah leukosit dan leukosit yang mengalami pembezaan (WBC), kiraan eritrosit (RBC), kepekatan hemoglobin (HGB), kiraan platelet (PLT) dan analisis histopatologi organ viseral iaitu sel buah pinggang dan hati. Hasil kajian menunjukkan bahawa ekstrak kunyit hitam tidak menyebabkan risiko ketoksikan yang signifikan terhadap tikus yang dikaji berbanding dengan tikus kumpulan kawalan.

Teks penuh (1.62MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.