Trend kehadiran usahawan di kaunter perkhidmatan MARDI (one-off MARDI)

Category: Bil. 31

Aimi Athirah Ahmad, Ahmad Zairy Zainol Abidin, Hairuddin Mohd Amir, Noorhayati Suratman dan Zawiyah Pono

Ringkasan
MARDI adalah sebahagian daripada agensi kerajaan di Malaysia yang terlibat dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang menyasarkan usahawan baharu melalui program pembangunan yang menawarkan khidmat nasihat dan bimbingan kepada usahawan. Kajian mengenai trend kehadiran usahawan yang hadir ke MARDI ini dilihat sebagai kajian awal untuk mengenal pasti trend kehadiran usahawan berdasarkan kluster yang berbeza. Kajian ini juga dapat mengenal pasti kluster yang menjadi pilihan utama usahawan ini. Keputusan daripada analisis trend ini mendapati bahawa terdapat secara keseluruhan peningkatan usahawan yang datang ke meja bantuan usahawan dengan trend peningkatan sebanyak dua orang setiap bulan. Dari segi kluster, terdapat tiga kluster yang juga merekodkan trend peningkatan iaitu sos dan pes, minuman dan bakeri.

Teks penuh(285KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.